Friday 26 November 2010

Salad Ayam


Menu diet malam tadi.... tak tau nk makan apa dah...pas buka puasa rebus daging n gaul dengan salad...Mmg sempoi sangat sebab penyakit M da dtg kan... heheh... So ayam ni su potong kecil-kecil n rebus tanpa isi garam pun.. Pastu salad n tomato hiris , masukkan sedikit sos dan thousand island....gaul-gaul n NGAPPPP KITA MAKAN DULUUUUU !!!!

Daging Goreng Satay

Salam....

Bila tiba raya haji, kita pun dapat la sedikit daging korban.... so makan daging fresh ni mmg best....nak lagi dapat yang batang pinang kan...mmg best... lembut je..so daging yang su dapat ni su buat goreng ala satay....dia actually ala goreng kunyit jugak la... k meh tgk resepi dia

Daging Goreng Satay ( resepi mak )

Bahan-bahan :

Daging 500g ( su guna btg pinang)
Kunyit hidup 3 inci
Gula 4 sudu besar
Serai 3 batang
Lada merah 2 biji
Garam dan perisa


Cara-cara:

1) Daging dipotong sedang-sedang, basuh dan toskan.
2) Kunyit ditumbuk,serai dan lada dihiris dan gaulkan bersama daging dan perapkan selama 1 jam...
3) Selepas sejam peram, goreng daging tersebut dan masukkan kan gula,garam dan perisa.
4) Apabila nampak sedikit garing, buleh la anggkat daging tersebut......

Otak Lembu Masak Cili Api ??????



Haaaa jgn teperanjat lak... betul ni otak.. su yg memasaknya....betuiiiii tak tipuuuu....so nk masak ni mmg kene hati-hati sbb lembut kan... bab membersih mak su yg buat.....
So mcm bese... mak kate masak lemak cili api la sesuai untuk otak ni... so kita tgk resepi masak lemak simple ni .
Otak Lembu Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahan :
Otak lembu 500g
Cili api 15 tangkai
Bawang kecil 4 biji
Serbuk kunyit 2 sudu kecil
1 biji kelapa parut
2 keping Asam keping
2 batang serai
Cara-cara:
1) Basuhkan otak tersebut dan toskan dan masukkan kedalam periuk.
2) Tumbuk cili dan bawang.
3) Kelapa diperah santannya dan masukkan ke dalam periuk dan juga bahan yang telah ditumbuk tadi. Serai dititik dan masuk dalam periuk tadi.
4)Kemudian masakkan bahan tersebut dan kacau selalu supaya tidak keluar 'taik minyak'.
5) Masukkan garam n perisa secukup nya dan asam keping. Masak hingga pekat n siap untuk dihidang.

Kelas Coklat di Pahang

Salam....
Kelas ni dihadir oleh Kak Norizan pada sebelah petang ..... Tokey roti ni.. teruja betul dgr akak ni bcerita bab2 meniaga ni... best bila dah bjaya dgn usaha kita... n kita akan rasa amat puas hati...

Akak ni dari Jerantut Pahang,... gambar pun tak dapt nk snap byk...time ni terlupa nk bawak penimbang sendiri.. nasib umah mentua ada....actually coklat2 akak ni da dalam bekas die tu.. lambat nk snap..hehehe....

Buat kak norizan, semoga bisness akak sentiasa maju....caiyokk org Pahang....

Kelas Coklat di Mentakab , Pahang


salam... gambar tak byk le.. ni pun gune hp....
so mana yg ada je... kelas ni buat kat umah mak su pada 21/11/2010 sebelah pagi... Iza dari Bera Temerloh.... tu sebahagian coklat.. ada lagi dalam peti tak bukak n ade dah masuk dalam tapware.........Thanks Iza...

Cuti-cuti ke Kuantan









Salam.... mmg lama tak memblogkan diri.... takde la bz.. mcm tak sempat jek nk bukak laptop ni kan... masak still masak.. mlm td baru buat puding caremel lapis coklat... pasni le ye.. ni pun n3 semasa balik raya baru ni...
Time ni hari Jumaat.. mak mentua ajak berjalan ke Kuantan....umah adiknya.. so ptg tu sempat la bawk iman g Telok Cempedak.... best jugak.. dah lama tak jejak kat situ....ramainyee org.....Iman pun first time die cecah air bila dah besar ni.. dulu kecik tak tau sgt kan...pe lagi..nk balik die nangis le.. takpe...next kite gi lagi yerk.....

Thursday 18 November 2010

Apam Pelangi

Taraaa... jadik jugak... heheh.. suke sbb pmukaan die ade jerawat 3 -4 lobang je.. yg len halusss muluss gitu...
Time ni buat sementara nk menunggu dfrost ayam ... smpat su membuat.. mmg lembut gile apam ni..resepi su amik dari Mat Gebu

Su buat satu adunan ni dlm loyang 8 inci.. best.. mmg lembut ...

Sini su kasi gak resepi .. mintak izin ye copy kat sini...


BAHAN-BAHANNYA :

2 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
90 gram gula halus125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
Pewarna makanan ikut suka

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, seperti dalam gambar.
Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir2 setiap warna seperti dalam gambar, buat hingga siap.
Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai dan kukus 30 minit gunakan api sederhana. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan

Cara-cara leh tgk SINI yer

Fruit Tart dan Agar-agar milo


Dendeng Daging





Haa tgk.... blur kan gambau.. ni seben i le yg snap.. actually, gambar ni amik dh last2...siap2 memasak seme panggil jiran sebelah makan.. ye la buat byk sapa nak habis kan.... so tak smpat la nk snap sebelum tu.. so mana ade je la ye.. ni resepi mak ye k layan :


Bahan- bahan :


Daging batang pinang 1 kg

Bawang kecil 6 biji (blend)

bawang putih 4 biji (blend)

Cili Kering 20 tangkai ( di kisar - nak pedas leh tambah lagi )

Air danging secukupnye ( dalam 800ml)

3 sudu besar gula

Garam secukupnya

Kicap 5 sudu besar


Cara:


1) Potong daging sedang2 dan Rabus daging hingga empuk.


2) Daging yang dah direbus di tumbuk dan digoreng garing skit. ( so jgn garing sgt le)


3) Tumis bahan-bahan yg blend tu hingga naik bau..setelah naik bau, masukkan air daging.


4) Masukkan kicap , gula dan garam... masak hingga agak kering.


5) Setelah kuah tadi agak kering n pekat , buleh la gaul kan dengan daging yang telah digoreng td....


Siap untuk mkn...




Nasi Arab Aidiladha

Sos tomato

Salad



Salam AidilAdha semua.... waaa best nye arini nak balik kampung... org balik da.. kite baru je nak balik... nk wat cmne khamis keje kan....tp mlm ni after keje kami ade party...geng2 opis ni.... nk wat BBQ lak.. after tu baru balik....
K semalam kami bertiga je la sambut raya.. tp su buat mcm-mcm.... seronok lak....yer la raya baru ni balik sehari sebelum raya... after keje gak.. feel memasak pun takde.. so kali ni su yg prepare semua... best nye...
Mlm raya su buat dendeng daging... ni resepi dari mak...best n simple.. bahan2 pun takde le byk sgt, so senang kita nak buat.. then agar-agar milo.. so pagi raya semalam su buat nasi arab aka nasi kabsah...bulan ni mood su seben makan nasi arab... buleh dikatakan every week mkn.. kat seremban Nasi Arab Damsyik.. mmg sedap... sabtu lepas layan Nasi Arab Saba KL lak... kali ni su try search nasi arab, jumpa la... akak ni mmg dulu duk kat belah-belah Arab kan.... mmg best nasi die..... cume su ada tambah2 sikit bahan rempah nye....
meh layan resepi, izin copy paste yer :


Bahan-Bahan dan Cara Memasak

1 ekor ayam di potong 2bahagian ( su guna setengah ekor je, tak muat rice cooker)
3pot beras BASMATI ( guna monghul basmathi...panjang skit nasi nye)
Air Panas
2sudu minyak masak
1sudu minyak sapi
1batang kayu manis
3biji buah pelaga
2biji bunga cengkih
5labu bawang merah - dipotong dadu
3ulas bawang putih - dipotong dadu
1biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron) (su guna pwarna beser)
2sudu rempah kabsa ( su tak letak sbb tak jumpa)
1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ( su tak letak)
1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1batang lobak merah dihiris halus-halus
sedikit biji lada hitam atau serbuk ( add serbuk jintan manis n jintan putih sesudu kecil)
2batang cili besar merah - tidak dipotong
sedikit kismis
garam secukup rasa

Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.

Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.

Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.

Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.

Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.
Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
* untuk ayam, su kukus kemudian bagi lembut.

Tuesday 16 November 2010

Mango Chantilly


Alamak..gelap nye gambau....pakai snap jek.... ni mango chantilly resepi asal strawberry...tp pueh duk cari stbery habisss... layan je laaa yer resepi di bawah ni. minta izin ye kak ummi su copy paste...
Mango Chantilly ( resepi asal strawberry chantilly)
Sumber : Ummi Zaihadi <------ buleh juga tgk di sini.
Bahan Lapisan A:-
100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panasBahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.
Cara Membuat:-
Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.
Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.
Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi

Agar-agar Konnyaku




Haaa.... comel kan... walaupun tak secomel org len buat.. ni su tgk blog CMG... cantik je die buat.. n semestinya apa yang CMG buat terliurrr jek..
Ni su buat pun sbb baru jek kenal agar-agar konnyaku ni... best le.. tu pun su letak longan, saiz acuan ni pun sekali ngap... Iman pun duk bukak peti jek nak amik....tak smpai 30 min habisss licinnnn.. so korg misti kene buat sbb cedappp...tapi su buat takde letak biji selasih ye.
K kalo korg nk resepi korg leh di kat CMG ni...tp su tulis je resepi die yer.. CMG, mohon salin resepi ye... thank a lots..
Agar-agar Konnyaku
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g).
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris
CARA MEMBUATNYA :

Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.

Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.

Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly.
Tuang no 2 tadi sehingga penuh.
Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

Pau oh Pau !!

Inti sardin, kacang n kaya




Salam semua... haaa ni pau yang su buat malam ahad... buat mkn malam.. heheh seronok sebab first time buat jadikkkk... tgk org punye gebu-gebu gitu...so cm teruja n try le... Al kisah tgk kat blog Kak Ummi Kuantan.. tp su takde BM nak buat.. so terasa gak sakit tangan ni dok menguli... hehehe mcm sebelah kaki dah nk beli ni.... K la... kalo nk resepi Pau ni try masuk entry yang
Kak Ummi..die punye lagi gebusssss..... ape pun mmg sodap di makan...resepi kat SINI yer....thanks bagi penyumbang resepi...


Gift



Salam,
Ni choc gift yang ditempah oleh Dewi dari KL untuk kwnnya kat Kg Jiboi Seremban... ala-ala delivery gitu.... nk wat suprise untuk kawan nye... thanks...

Monday 15 November 2010

Sardine Puff



Salam semua.... haaaa tgk entry puff lagi.. bak kata Kak Nor dah dpt pastry asyik nak main je kan.... mmg betul.. sebelum ni sue buat sosej.. kali ni sardin lak... ni Bfast kami 3 beranak ahad baru ni....haa tgk.. kembung2 puff tue... CMG pesan suh bukak kipas oven tu... mmg best la.. rangup jek..bentuk kat atas ni pun sue tgk cara CMG buat.... cuma sardin tu sue buat simple2 jek.. sbb smlm ada lagi tempahan masuk.. mgu ni Alhamdulillah rezki...terima je la kan...k kite layan resepi yg simple ni :

Bahan-bahan :

Pastry Kawanku
Sardin cap Ayam
3 biji bawang kecik *
2 biji bawang putih *
2 sudu cili kering kisar
2 tangkai lada kecik *

* potong dadu

Cara:

1) Panaskan minyak..tumiskan cili kisar dan kemudian masukkan bahan yang dipotong dadu.

2) Masukkan sardin yg tekah dihancurkan..sos nya tak diambil.

3) Masak hingga sedikit kering.. dan inti tersebut buleh la masukkan dalam pastry mengikut kretiviti masing-masing....

4) Sapukan kuning telur, bakar dapa suhu 190C selama 20 min. On kan kipas.

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU


Salam Singgah ke blog ini....

Saturday 13 November 2010

Lolichoc



Gift


Salam,

ni oder dari kak sharifah KL.Tq kak oder dgn su....ni kira baru balik dari KL... dah la cuaca panas sgt2...hantar kat Sek.Men Tmn Melawati then g mkn nasi arab kat Saba Setiawangsa... bulan ni bulan makan ns arab... kat seremban nasi arab damsyik..bestttt....

Balik dr kl singgah kedai buah beli mangga.. sbb nk buat Manggo Chantilly..resepi asal strawberry...

K la.. nk minum petang jap.... makan popia otak2..import khas dari JB...nyum nyummmm

Akhirnya.....Sosej puff


Alahaiii..kelabunye gambo....

Haaa.... akhirnya terlaksana jugak... aritu singgah blog Kak Nor tgk sini sebab ada caranya sekali...Kak Nor pun payah nak mencari pastry ni.. su pun kes yg sama.. tp semlm geledah Tesco..amik...berlambak....tp beli satu je la.. sbb 'rajin' sgt masak kan.... ni test... walaupun tak cantik.. tp rasanye tetap sedap... hahaha....

Bahan-bahan:

Pastry jenama Kawanku (ada 10 keping dlm tu)
Sosej Ayamas ( su guna perisa blackpaper)
Telur kuning untuk disapu di atas permukaan pastry.

Cara:

1) Keluarkan pastry dari peti sejuk dalam 10 min.
2) Buat macam ni
3) Panaskan oven 190 darjah....bakar selama 20 min atau sehingga kuning keemasan

Roti Telur




Taraaa, jadik pun... ni su buat sbb dpt inspirasi dari blog Mat Gebu...tgk sini cara-cara yer.... sbb nampak ringkas je kan.. try le.. al maklumla cutter fancy cookies belambak...cuma su gune wholemeal nye roti..diet la konon... hehehe...

Friday 12 November 2010

Hiiii I'm IMAN

Hi , I'm Iman...

Ni la Iman sebenarnya.. kadang-kadang org call tanya Iman ke? Actually Iman adalah anak sulong su... baru je masuk 2 tahun 30 oktober baru ni... Tapi tak celebrate pun... kek pun beli... sbb time tu ada paper. Saje je nk perkenal kan die yang dah besau n byk keletah... Alhamdulillah.....

K la nak chow merayap jalan TAR.... heheh

Mi Siput Goreng

Mendung je cuaca arini.. nk ujan lagi ni... pagi td dtg opis pun renyai-renyai..... Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.. dengan hampirnya Aidil Adha.... terasa rindu kat kampung di Pahang... dah lama tak balik ni sbb bz kelas n exam baru ni... tak sabar rasa nya...

Ok le.. mlm td masak mi siput goreng ni... selalu makn mi ni bile g Gombak.... nenek akan masak kan.. sedap oiii air tgn org tua ni....tp su buat ni versi sndiri la.. amik jugak resepi nenek... cuma add skit2 la..


Mi siput... ramai kenal kan.. mi ni kene celur kejap je.. sbb nnt lembik n makan tak sedap da...


Mi Siput Goreng :

Resepi :

Mi siput 2 bungkus ( leh mkn untuk 4 org)
Ikan bilis segenggam
bawang kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
cili kisar 3 sudu besar
sos tiram 1 sudu besar
sos cili 3 sudu besar
sos tomato 2 sudu besar
Udang yang sedang-sedang 300g
Brakoli
Sebiji lada hijau n lada merah untuk hiasan
limau kasturi
Bawang goreng

Cara-Cara:

1) Celurkan mi siput kedalam air panas dlm 2-5 min
2) Tumbuk ikan bilis,bawang putih n merah.
3) Panaskan minyak. tumiskan cili kisar dan bahan yang ditumbuk tadi.
4) Apabila dah naik bau, curahkan sedikit air. Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.
5) Masukkan udang. Apabila sedikit kering, masukkan mi siput tersebut dan sayur brakoli.
6) Goreng hingga kering. Taburkan cili merah n hijau ,bawang goreng sebagai hiasan. Nak masam-masam skit,perahkan limau kasturi.

Yong Tau Fu


Hai.... waaa ni nak letak entry ari isnin... al kisah aktiviti berdiet beroperasi semula....konon2 tak nk makan yg berat-berat2... so terpikir la nk buat mendealah ni... semua bahan-bahan ni su beli kat giant je.. ada jual per kg kan... so beli skit2..even die punye kue tiow pun ade.. senang la kan..
Untuk kuah ni su amik resepi dari myresepi... komen2 kate sedap... tp mmg pun.. sedap... nak lagi kacang letak byk2.. perghhhh...dulu penah buat.. ade resepi yg guna taucu.. still best gak...
ok meh kita tgk resepi nya yang su amik dari myresepi..mohon copy paste :
Kuah Yong Tau Fu :
Sumber : Myresepi dari Minami133

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Cara-cara :

Masukkan minyak dalam kuali.
Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka.
Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).

masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Tuesday 9 November 2010

Oreo Cheese Cake Lagi !!!



Salam,,
Ni oreo cheese kek yg buat sabtu lepas.. bawak untuk sepupu kat kemensah KL... sebagai upah jaga anak su time exam.. so exam last ahad baru ni, nak blanje masing2 tak mau...nak suh buat kek gak.. nsib senang nk buat..tgh2 buat lupa lak upenya time nk bakar base tu tak di isi ketas minyak.... nsib time nk kuarkan buleh.. jenuh gak mengetuk... pastu terover bake.. hihi.. sbb time tu tgh wat past year, tak perasan jam oven dah bunyi... heheh... tp still bestttt... ni 2nd time buat.. mmg wallahhhh!!!!! Thank Dapur UMMI ZAIHADI
Oreo Cheese Cake
Sumber : Ummi Zaihadi
Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Nasi Lemak Sempoi


Salam,
Macam bebudak g sekolah la pulak bawak bekal.. actually mmg pun.. heheh... time ni su buat sbb nak bawak bekal g exam.. so buat simple-simple jek.... Cukup la su n hubby nak makan....Ni resepi yang su buat..
Nasi Lemak
3 cawan beras
2 cawan santan
1 1/2 cawan air
halia 2 inci
sedikit garam
daun pandan untuk mewangikan haruman nasi
Cara :
Beras dibasuh dan ditoskan
masukkan santan dan air beserta halia dan daun pandan...
Tanak sehingga masak.
Sambal
Lada kering dalam 20 tangkai atau secukupnya
Bawang besar 5 biji
Bwang besar 2 biji untuk hiris
2 inci halia
2 besar gula merah
1 cawan air
garam dan perisa secukupnya....
Cara:
Blend lada kering,bawang besar n halia...
Panaskan minyak,tumiskan bahan yg diblen sehingga naik bau.
masukkan air, apabila nampak sedikit kering, masukkan bawang yg dihiris dan juga gula,garam dan perisa...
Masak hingga pekat...
masukkan

Monday 8 November 2010

Nasi Beriani dan Daging masak Prune


Al Kisah, time ni abg su dari Johor dtg umah.. abah pun dtg n kebetulan mak mentua mmg da ade 2 minggu dah stay so duk geledah dapur Ummi Zaihadi home sweet home... konon2 nk masak special la.. hahah.. masak bese buleh la.. nasi2 yang leceh2 ni mmg mak yg buat... tp kali ni nekad la nk try.Daging prune pun best...Alhamdulillah..menjadi n best.... So ni resepi yang di ambil dari blogger masakkan terkenal Ummi Zaihadi :
Daging Prun
Bahan A:-
600 gm daging (dipotong nipis)
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan B (dihiris):-
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Memasak:-
1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.
Nasi Beriani
Bahan A:-
1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
100 gm daun pudina (dipotong kasar)
100 gm daun ketumbar
1 liter air
1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
4 sb. minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
garam secukup rasa
1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris halus)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj. buah pelaga
daun kari
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.


Ayam Goreng Rempah




Haaa kali ni post ayam goreng rempah... resepi asal dari mak mentua ni... tak tau la die dapat mana....mmg simple je...n rangup je tepung2 yang menyalut ayam tu....best makan macam tu saja... selalunya buat ayam ni bile masak nasi minyak or beriani....k meh try resepi ni :

Resepi :

Ayam 1 ekor

Halia secukupnya
Bawang kecil secukupnya
Cili Kering dalam 20 tangkai or nak pedas tambah lagi le ye....

Sedikit tepung gandum

Bahan-bahan atas ni kene agak2 dgn sekor ayam tu.... blend je semua... dan perapkan ayam dengan bahan2 yang telah diblend...

Perap selama sejam.. lagi lama lagi bagus...

Bila nak goreng, golek2 kan ayam yg telah di perap dgn tepung dan sedia digoreng.... nak lagi sedap, goreng bersama daun kari...senangkan...

Blueberry Cheese Cake


Salam,

Selepas exam, sekarang baru boleh memblogkan diri.. n byk gambr2 yg tak dipost kan.. Ni su buat time husband nye bufday... Just simple cake jek...Resepi ni da lupa amik kat mana....amik kat su nye buku resepi jek...sedap resepi ni dan simple nk buat. Jom le try...

Resepi :

Cream Cheese 500g
Gula kastor 110g
Cream 150 g
Telor 2 biji

* Pukul cream cheese bersama gula,then telur last sekali bila dah sebati tuangkan cream.. dan proceed kacau smpai sebati...

untuk base :

Biskut Oreo 2 paket yang telah dibuang cream dan hancurkan (diramas).. 4 sudu besar butter (suhu bilik).... Satukan biskut dan butter sehingga seakan menjadi doh... dan jadikan base pada loyang yang telah digris dan dilapik kertas minyak.. bakar sekejap selama 10 minit suhu 180....


Setelah base dibakar sekejap, keluarkan dan tuangkan adunan cheese... bakar selama 40 min suhu 150 celcius.....

Setelah bakar dan sejukkan kek tersebut... setelah disejukkan, tuangkan blueberry (250g) ke atas kek tersebut....

Kelas Coklat 6 Nov 2010









Kelas coklat dihadiri oleh Lia,Liza n Kak CT bersama hasil kerja dari mereka...