Thursday, 18 November 2010

Dendeng Daging





Haa tgk.... blur kan gambau.. ni seben i le yg snap.. actually, gambar ni amik dh last2...siap2 memasak seme panggil jiran sebelah makan.. ye la buat byk sapa nak habis kan.... so tak smpat la nk snap sebelum tu.. so mana ade je la ye.. ni resepi mak ye k layan :


Bahan- bahan :


Daging batang pinang 1 kg

Bawang kecil 6 biji (blend)

bawang putih 4 biji (blend)

Cili Kering 20 tangkai ( di kisar - nak pedas leh tambah lagi )

Air danging secukupnye ( dalam 800ml)

3 sudu besar gula

Garam secukupnya

Kicap 5 sudu besar


Cara:


1) Potong daging sedang2 dan Rabus daging hingga empuk.


2) Daging yang dah direbus di tumbuk dan digoreng garing skit. ( so jgn garing sgt le)


3) Tumis bahan-bahan yg blend tu hingga naik bau..setelah naik bau, masukkan air daging.


4) Masukkan kicap , gula dan garam... masak hingga agak kering.


5) Setelah kuah tadi agak kering n pekat , buleh la gaul kan dengan daging yang telah digoreng td....


Siap untuk mkn...




Nasi Arab Aidiladha

Sos tomato

Salad



Salam AidilAdha semua.... waaa best nye arini nak balik kampung... org balik da.. kite baru je nak balik... nk wat cmne khamis keje kan....tp mlm ni after keje kami ade party...geng2 opis ni.... nk wat BBQ lak.. after tu baru balik....
K semalam kami bertiga je la sambut raya.. tp su buat mcm-mcm.... seronok lak....yer la raya baru ni balik sehari sebelum raya... after keje gak.. feel memasak pun takde.. so kali ni su yg prepare semua... best nye...
Mlm raya su buat dendeng daging... ni resepi dari mak...best n simple.. bahan2 pun takde le byk sgt, so senang kita nak buat.. then agar-agar milo.. so pagi raya semalam su buat nasi arab aka nasi kabsah...bulan ni mood su seben makan nasi arab... buleh dikatakan every week mkn.. kat seremban Nasi Arab Damsyik.. mmg sedap... sabtu lepas layan Nasi Arab Saba KL lak... kali ni su try search nasi arab, jumpa la... akak ni mmg dulu duk kat belah-belah Arab kan.... mmg best nasi die..... cume su ada tambah2 sikit bahan rempah nye....
meh layan resepi, izin copy paste yer :


Bahan-Bahan dan Cara Memasak

1 ekor ayam di potong 2bahagian ( su guna setengah ekor je, tak muat rice cooker)
3pot beras BASMATI ( guna monghul basmathi...panjang skit nasi nye)
Air Panas
2sudu minyak masak
1sudu minyak sapi
1batang kayu manis
3biji buah pelaga
2biji bunga cengkih
5labu bawang merah - dipotong dadu
3ulas bawang putih - dipotong dadu
1biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron) (su guna pwarna beser)
2sudu rempah kabsa ( su tak letak sbb tak jumpa)
1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ( su tak letak)
1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1batang lobak merah dihiris halus-halus
sedikit biji lada hitam atau serbuk ( add serbuk jintan manis n jintan putih sesudu kecil)
2batang cili besar merah - tidak dipotong
sedikit kismis
garam secukup rasa

Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.

Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.

Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.

Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.

Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.
Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
* untuk ayam, su kukus kemudian bagi lembut.

Tuesday, 16 November 2010

Mango Chantilly


Alamak..gelap nye gambau....pakai snap jek.... ni mango chantilly resepi asal strawberry...tp pueh duk cari stbery habisss... layan je laaa yer resepi di bawah ni. minta izin ye kak ummi su copy paste...
Mango Chantilly ( resepi asal strawberry chantilly)
Sumber : Ummi Zaihadi <------ buleh juga tgk di sini.
Bahan Lapisan A:-
100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panasBahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.
Cara Membuat:-
Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.
Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.
Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi

Agar-agar Konnyaku




Haaa.... comel kan... walaupun tak secomel org len buat.. ni su tgk blog CMG... cantik je die buat.. n semestinya apa yang CMG buat terliurrr jek..
Ni su buat pun sbb baru jek kenal agar-agar konnyaku ni... best le.. tu pun su letak longan, saiz acuan ni pun sekali ngap... Iman pun duk bukak peti jek nak amik....tak smpai 30 min habisss licinnnn.. so korg misti kene buat sbb cedappp...tapi su buat takde letak biji selasih ye.
K kalo korg nk resepi korg leh di kat CMG ni...tp su tulis je resepi die yer.. CMG, mohon salin resepi ye... thank a lots..
Agar-agar Konnyaku
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g).
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris
CARA MEMBUATNYA :

Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.

Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.

Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly.
Tuang no 2 tadi sehingga penuh.
Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

Pau oh Pau !!

Inti sardin, kacang n kaya




Salam semua... haaa ni pau yang su buat malam ahad... buat mkn malam.. heheh seronok sebab first time buat jadikkkk... tgk org punye gebu-gebu gitu...so cm teruja n try le... Al kisah tgk kat blog Kak Ummi Kuantan.. tp su takde BM nak buat.. so terasa gak sakit tangan ni dok menguli... hehehe mcm sebelah kaki dah nk beli ni.... K la... kalo nk resepi Pau ni try masuk entry yang
Kak Ummi..die punye lagi gebusssss..... ape pun mmg sodap di makan...resepi kat SINI yer....thanks bagi penyumbang resepi...


Gift



Salam,
Ni choc gift yang ditempah oleh Dewi dari KL untuk kwnnya kat Kg Jiboi Seremban... ala-ala delivery gitu.... nk wat suprise untuk kawan nye... thanks...

Monday, 15 November 2010

Sardine Puff



Salam semua.... haaaa tgk entry puff lagi.. bak kata Kak Nor dah dpt pastry asyik nak main je kan.... mmg betul.. sebelum ni sue buat sosej.. kali ni sardin lak... ni Bfast kami 3 beranak ahad baru ni....haa tgk.. kembung2 puff tue... CMG pesan suh bukak kipas oven tu... mmg best la.. rangup jek..bentuk kat atas ni pun sue tgk cara CMG buat.... cuma sardin tu sue buat simple2 jek.. sbb smlm ada lagi tempahan masuk.. mgu ni Alhamdulillah rezki...terima je la kan...k kite layan resepi yg simple ni :

Bahan-bahan :

Pastry Kawanku
Sardin cap Ayam
3 biji bawang kecik *
2 biji bawang putih *
2 sudu cili kering kisar
2 tangkai lada kecik *

* potong dadu

Cara:

1) Panaskan minyak..tumiskan cili kisar dan kemudian masukkan bahan yang dipotong dadu.

2) Masukkan sardin yg tekah dihancurkan..sos nya tak diambil.

3) Masak hingga sedikit kering.. dan inti tersebut buleh la masukkan dalam pastry mengikut kretiviti masing-masing....

4) Sapukan kuning telur, bakar dapa suhu 190C selama 20 min. On kan kipas.