Thursday, 3 March 2011

Wedges Ala-Ala KFC


As Salam,

Ni gambar minggu lepas time abang dari Johor datang.... kentang ni buat time makan pagi... yang lain tu tak sempat nak snap dah....

Ok, actually resepi ni sue dapat dari kawan yang foward dari email office.. mmg tak tulis sumber tu.. email tu dapat dengan gambar step by step cara nak membuat wedges ni...sesiapa yang pernah cuba or jumpa resepi ni boleh la share atau bitau sumber nya yer...

Resepi ni memang sedap... teramat rangup dengan rasa rempahnya, cheese dan mayonis...

Ni sue nak share resepi ni, tetapi resepi ni su agak-agak je dengan bahan-bahan yang ada..



Wedges

Sumber : Email dari kawan pejabat ( sumber tak dapat di kenal pasti)

Bahan-Bahan

4 biji kentang (dipotong macam wedges ,rebus separuh masak)
2 sudu besar jintan manis dan jintan putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit lada hitam
2 Cawan tepung beras
Sedikit air dan garam


Cara-cara:

1) Campur kesemua jintan yang telah ditumbuk bersama tepung beras dan lada hitam.
2) Masukkan air dan gaulkan sehingga adunan seperti bancuhan goreng pisang.
3) Celupkan kentang yang telah direbus separuh masak.
4) Goreng sehingga kekuningan.
5) Paipkan adunan cheese dan mayonis ke atas kentang yang telah digorenag.

Sedap dimakan semasa panas.....


Cheese :

1 cawan Serbuk Cheese (boleh didapati di kedai bakery)

* bancuh serbuk cheese dengan air panas.. tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi pekat..


Selamat Mencuba ....

No comments:

Post a Comment