Wednesday, 1 December 2010

Roti Chef Anuar









Salam semua,...
Kali ni su try buat roti Chef Anuar.... roti ni amat lembut dan su telah menggunakan tips yg diberikan oleh chef ni... Resepi ni su ambil dari Al Kiram


Teknik-tekni ni su tgk kat blog
Mat Gebu so nnt u all carila kat blog CMG ni yer....I'Allah guna resepi ni jadi la roti... Su takde BM, so teknik menguli je la yer...heheh... (tp dah survey BM)

K jom kita layan resepi roti ni.

Bun Asas Chef Anuar

Sumber : alkiram

Bahan:

400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)

12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) – kalau guna freash yeast double the quantity

1 gm bread improver (optional)

6 gm garam50 gm telur (approx. 1 biji gred B)

48 gm gula castor

12 gm tepung susu

60 gm marjerin

190 ml air


Cara menyediakannya:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati

2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan

3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size

4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 – 10 min.

5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.

6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.

7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min


Note:1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak

Su gunakan teknik panaskan oven tu.. memang naik tak hinggat laa...n lembut roti tu...i'Allah.


No comments:

Post a Comment