Monday 13 December 2010

Happy Birthday to Me and Abah !!!


Salam..

Arini genap umur su yang ke 27..... untung nye org yang lahir akhir tahun ni kan.. muda sokmo.. hehehe....ALhamdulillah dengan izinNya, masih lagi ada di dunia ini...semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan segala ibadat diterimaNya...

Hari ni jugak su sambut bufday bersama Abah... yang ke 58. dan arini juga abah pencen dari keje nya...best sambut satu tarikh ni.... cume kali ni tak dpt nak smbut sekali....

Thanks kepada kengkawan yang wish k...

Kek ni su buat pagi td.....CMC dgn ganache dan rose buttercream..

CC Birthday Danish...



Salam... Cc ni ditempah oleh rakan opis hsben su... myb untuk ank buah die d KL nuh.. CC Choc Moist ni topping buttercream..edible image upin ipin dan ben10... Thanks yer..

Sunday 12 December 2010

CC oder


Salam,

Cc ni ditempah oleh Zura Senawang.... tema hijau pucuk pisang... n dia juga oder tart buah n cheese .. tp yg tu tak sempat nk amik bateri camera habis....

Thanks zura n selamat bertunang...

Ayam Pangang Black Paper.


Stok ayam pulak.. ni al kisah kat opis le.. ade teringin makan nasi ayam.. so kami buat le potluk skit2 sorg.. tp accounting side je... so su buat part ayam ni.. 2 ekor.. jenuh nak bawk ayam ni nek bus.. hehhe...su lupa nak snap gambar kat opis.. mcm2 ada... k ni resepi sempoi su le...

Ayam Pangang Blackpaper (utk 1/2 ekor)

Bahan-bahan :

1 ekor ayam

2 sudu besar lada hitam

5 sudu besar sos lada hitam - su guna jenama Life

3 sude besar sos tiram

5 sudu besar kicap manis - cap kipas udang

sedikit daun rosemery

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 sudu besar tepung jagung


Cara-cara :

1) Ayam direbus.

2) Bawang -bawang dan lada hitam dikisar dan lumur kan pada ayam tersebut yang telah direbus. Kemudian masukkan kan sos tiram,sos lada hitam dan kicap dan taburkan daun rosemery. Peramkan dam 2 jam.. lagi lama lagi sedap

3) Semasa peram , ayam tersebut mengeluarkan sedikit air ayam bersama bahan2 yang diperam... Air tersbut diambil dan dimasak semula dan masukkan tepung jagung tersebut.

4) Pangang ayam selama 30 min suhu 200C...

Puding Keremel lapis coklat


salam.. ni gambar stok lama gak la... akhir-akhir ni agak bz... dgn tempahan org nye... dgn bz masa nye tak sempat nk berblog...resepi ni su tgk kat blog Kak Maz Ilham Dapur... senang je. tp sbb kalo buat caramel bese sekali kukus.. yg ni 4 kali kukus.. tu agak nye puding su agak tak cntik rupe nye.. heheh.. tapi rasa menten sedap... senang je nak buat.. k.. izin kak maz su salin resepi ye....

Puding Caramel Lapis Coklat

Sumber :Ilham Dapur Kak Maz


Bahan A -
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan B

  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1 s/k coklat pes - su guna koko

Bahan C

  • 1 s/b gula (buat karamel) atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

Wednesday 1 December 2010

Roti Chef Anuar









Salam semua,...
Kali ni su try buat roti Chef Anuar.... roti ni amat lembut dan su telah menggunakan tips yg diberikan oleh chef ni... Resepi ni su ambil dari Al Kiram


Teknik-tekni ni su tgk kat blog
Mat Gebu so nnt u all carila kat blog CMG ni yer....I'Allah guna resepi ni jadi la roti... Su takde BM, so teknik menguli je la yer...heheh... (tp dah survey BM)

K jom kita layan resepi roti ni.

Bun Asas Chef Anuar

Sumber : alkiram

Bahan:

400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)

12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) – kalau guna freash yeast double the quantity

1 gm bread improver (optional)

6 gm garam50 gm telur (approx. 1 biji gred B)

48 gm gula castor

12 gm tepung susu

60 gm marjerin

190 ml air


Cara menyediakannya:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati

2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan

3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size

4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 – 10 min.

5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.

6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.

7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min


Note:1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak

Su gunakan teknik panaskan oven tu.. memang naik tak hinggat laa...n lembut roti tu...i'Allah.


Laksam






Haaa.. montok-montok kan laksam ni... ni su buat ahad baru ni.. test resepi member opis mmg org kelantan..laksa kuah lemak ni feberet asben su..ahad tu pg2 g kedai kat umah... Alhamdulillah menjadik jugak la walaupun first time.. asben ckp best sbb mi laksam tu lembut tekstur dia....Iman pun suka....mmg sekali ngap je...jom kita layan resepi ni :
Mi Laksam
Sumber : Kak Nor kwn opis
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air
1/2 cawan air panas
Cara :
1) Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati
2) Panaskan air kukusan
3) Tudung periuk dilenser dgn minyak, tuangkan atas tudung periuk lebih kurang 2-3 minit atau hingga tepung tadi mengelembung. So tandanya dah masak.
4) Anggkat tudung periuk dh biarkan sejuk sedikit dan tolakkan sedkit dan biarkan ia bergulung sendiri.

KELAS COKLAT













Salam,
Thanks kepada kak jinda n kak ida dari seremban......sebahagian hasil keje tangan mereka...