Friday 3 May 2013

Posisi Penyusuan Bayi

Tips penting utk ibu-ibu yg menyusukan bayi mereka :)

Jika ibu menyusu di posisi duduk, jgn bongkokkan badan anda sebaliknya ampu bayi anda ke payudara anda. Ini dpt mengelakkan ibu daripada mendapat sakit belakang.

Pastikan kepala & seluruh tubuh bayi mengadap ibu dlm keadaan selari. Ampu kepala, bahu & punggung bayi supaya aliran susu lancar masuk ke perut bayi & tidak tersekat di kerongkong bayi.

Pastikan mulut bayi memenuhi kawasan areola & hidung & dagunya bersentuh dgn payudara anda.

Jika ibu melakukan teknik menyusu yg salah, ini akan menyebabkan payudara ibu berasa sakit & bayi tidak puas menyusu.

Jgn sesekali hanya memalingkan kepala bayi sahaja ke arah payudara ibu, ini kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan kerongkong bayi tersekat & tersedak susu. Jika anda tidak percaya, cuba anda minum air di dalam botol air, di mana tubuh anda mengadap ke hadapan & kepala anda berpaling ke kanan. Pasti anda merasa tidak selesa dgn posisi tersebut. :)

No comments:

Post a Comment