Monday 13 December 2010
Happy Birthday to Me and Abah !!!
Salam..
Arini genap umur su yang ke 27..... untung nye org yang lahir akhir tahun ni kan.. muda sokmo.. hehehe....ALhamdulillah dengan izinNya, masih lagi ada di dunia ini...semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan segala ibadat diterimaNya...
Hari ni jugak su sambut bufday bersama Abah... yang ke 58. dan arini juga abah pencen dari keje nya...best sambut satu tarikh ni.... cume kali ni tak dpt nak smbut sekali....
Thanks kepada kengkawan yang wish k...
Kek ni su buat pagi td.....CMC dgn ganache dan rose buttercream..
CC Birthday Danish...
Sunday 12 December 2010
CC oder
Ayam Pangang Black Paper.
Stok ayam pulak.. ni al kisah kat opis le.. ade teringin makan nasi ayam.. so kami buat le potluk skit2 sorg.. tp accounting side je... so su buat part ayam ni.. 2 ekor.. jenuh nak bawk ayam ni nek bus.. hehhe...su lupa nak snap gambar kat opis.. mcm2 ada... k ni resepi sempoi su le...
Ayam Pangang Blackpaper (utk 1/2 ekor)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 sudu besar lada hitam
5 sudu besar sos lada hitam - su guna jenama Life
3 sude besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis - cap kipas udang
sedikit daun rosemery
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara :
1) Ayam direbus.
2) Bawang -bawang dan lada hitam dikisar dan lumur kan pada ayam tersebut yang telah direbus. Kemudian masukkan kan sos tiram,sos lada hitam dan kicap dan taburkan daun rosemery. Peramkan dam 2 jam.. lagi lama lagi sedap
3) Semasa peram , ayam tersebut mengeluarkan sedikit air ayam bersama bahan2 yang diperam... Air tersbut diambil dan dimasak semula dan masukkan tepung jagung tersebut.
4) Pangang ayam selama 30 min suhu 200C...
Puding Keremel lapis coklat
salam.. ni gambar stok lama gak la... akhir-akhir ni agak bz... dgn tempahan org nye... dgn bz masa nye tak sempat nk berblog...resepi ni su tgk kat blog Kak Maz Ilham Dapur... senang je. tp sbb kalo buat caramel bese sekali kukus.. yg ni 4 kali kukus.. tu agak nye puding su agak tak cntik rupe nye.. heheh.. tapi rasa menten sedap... senang je nak buat.. k.. izin kak maz su salin resepi ye....
Puding Caramel Lapis Coklat
Sumber :Ilham Dapur Kak Maz
Bahan A -
- 1 tin susu cair
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 1 s/k esen vanilla
Bahan B
- 1 tin susu cair
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1 s/k coklat pes - su guna koko
Bahan C
- 1 s/b gula (buat karamel) atau 2 s/b madu
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.
Wednesday 1 December 2010
Roti Chef Anuar
K jom kita layan resepi roti ni.
Bun Asas Chef Anuar
Sumber : alkiram
Bahan:
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) – kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu
60 gm marjerin
190 ml air
Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 – 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min
Note:1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak
Laksam
Haaa.. montok-montok kan laksam ni... ni su buat ahad baru ni.. test resepi member opis mmg org kelantan..laksa kuah lemak ni feberet asben su..ahad tu pg2 g kedai kat umah... Alhamdulillah menjadik jugak la walaupun first time.. asben ckp best sbb mi laksam tu lembut tekstur dia....Iman pun suka....mmg sekali ngap je...jom kita layan resepi ni :
Friday 26 November 2010
Salad Ayam
Daging Goreng Satay
Bila tiba raya haji, kita pun dapat la sedikit daging korban.... so makan daging fresh ni mmg best....nak lagi dapat yang batang pinang kan...mmg best... lembut je..so daging yang su dapat ni su buat goreng ala satay....dia actually ala goreng kunyit jugak la... k meh tgk resepi dia
Daging Goreng Satay ( resepi mak )
Bahan-bahan :
Daging 500g ( su guna btg pinang)
Kunyit hidup 3 inci
Gula 4 sudu besar
Serai 3 batang
Lada merah 2 biji
Garam dan perisa
Cara-cara:
1) Daging dipotong sedang-sedang, basuh dan toskan.
2) Kunyit ditumbuk,serai dan lada dihiris dan gaulkan bersama daging dan perapkan selama 1 jam...
3) Selepas sejam peram, goreng daging tersebut dan masukkan kan gula,garam dan perisa.
4) Apabila nampak sedikit garing, buleh la anggkat daging tersebut......
Otak Lembu Masak Cili Api ??????
Haaaa jgn teperanjat lak... betul ni otak.. su yg memasaknya....betuiiiii tak tipuuuu....so nk masak ni mmg kene hati-hati sbb lembut kan... bab membersih mak su yg buat.....
Kelas Coklat di Pahang
Kelas ni dihadir oleh Kak Norizan pada sebelah petang ..... Tokey roti ni.. teruja betul dgr akak ni bcerita bab2 meniaga ni... best bila dah bjaya dgn usaha kita... n kita akan rasa amat puas hati...
Akak ni dari Jerantut Pahang,... gambar pun tak dapt nk snap byk...time ni terlupa nk bawak penimbang sendiri.. nasib umah mentua ada....actually coklat2 akak ni da dalam bekas die tu.. lambat nk snap..hehehe....
Buat kak norizan, semoga bisness akak sentiasa maju....caiyokk org Pahang....
Kelas Coklat di Mentakab , Pahang
Cuti-cuti ke Kuantan
Salam.... mmg lama tak memblogkan diri.... takde la bz.. mcm tak sempat jek nk bukak laptop ni kan... masak still masak.. mlm td baru buat puding caremel lapis coklat... pasni le ye.. ni pun n3 semasa balik raya baru ni...
Thursday 18 November 2010
Apam Pelangi
Time ni buat sementara nk menunggu dfrost ayam ... smpat su membuat.. mmg lembut gile apam ni..resepi su amik dari Mat Gebu
Su buat satu adunan ni dlm loyang 8 inci.. best.. mmg lembut ...
Sini su kasi gak resepi .. mintak izin ye copy kat sini...
BAHAN-BAHANNYA :
2 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
90 gram gula halus125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
Pewarna makanan ikut suka
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, seperti dalam gambar.
Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir2 setiap warna seperti dalam gambar, buat hingga siap.
Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai dan kukus 30 minit gunakan api sederhana. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan
Cara-cara leh tgk SINI yer
Dendeng Daging
Haa tgk.... blur kan gambau.. ni seben i le yg snap.. actually, gambar ni amik dh last2...siap2 memasak seme panggil jiran sebelah makan.. ye la buat byk sapa nak habis kan.... so tak smpat la nk snap sebelum tu.. so mana ade je la ye.. ni resepi mak ye k layan :
Nasi Arab Aidiladha
Salad
Bahan-Bahan dan Cara Memasak
1 ekor ayam di potong 2bahagian ( su guna setengah ekor je, tak muat rice cooker)
3pot beras BASMATI ( guna monghul basmathi...panjang skit nasi nye)
Air Panas
2sudu minyak masak
1sudu minyak sapi
1batang kayu manis
3biji buah pelaga
2biji bunga cengkih
5labu bawang merah - dipotong dadu
3ulas bawang putih - dipotong dadu
1biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron) (su guna pwarna beser)
2sudu rempah kabsa ( su tak letak sbb tak jumpa)
1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ( su tak letak)
1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1batang lobak merah dihiris halus-halus
sedikit biji lada hitam atau serbuk ( add serbuk jintan manis n jintan putih sesudu kecil)
2batang cili besar merah - tidak dipotong
sedikit kismis
garam secukup rasa
Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.
Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.
Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.
Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.
Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.
Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
* untuk ayam, su kukus kemudian bagi lembut.
Tuesday 16 November 2010
Mango Chantilly
100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panasBahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.
Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.
Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.
Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi
Agar-agar Konnyaku
Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly.
Pau oh Pau !!
Salam semua... haaa ni pau yang su buat malam ahad... buat mkn malam.. heheh seronok sebab first time buat jadikkkk... tgk org punye gebu-gebu gitu...so cm teruja n try le... Al kisah tgk kat blog Kak Ummi Kuantan.. tp su takde BM nak buat.. so terasa gak sakit tangan ni dok menguli... hehehe mcm sebelah kaki dah nk beli ni.... K la... kalo nk resepi Pau ni try masuk entry yang
Gift
Monday 15 November 2010
Sardine Puff
Salam semua.... haaaa tgk entry puff lagi.. bak kata Kak Nor dah dpt pastry asyik nak main je kan.... mmg betul.. sebelum ni sue buat sosej.. kali ni sardin lak... ni Bfast kami 3 beranak ahad baru ni....haa tgk.. kembung2 puff tue... CMG pesan suh bukak kipas oven tu... mmg best la.. rangup jek..bentuk kat atas ni pun sue tgk cara CMG buat.... cuma sardin tu sue buat simple2 jek.. sbb smlm ada lagi tempahan masuk.. mgu ni Alhamdulillah rezki...terima je la kan...k kite layan resepi yg simple ni :
Bahan-bahan :
Pastry Kawanku
Sardin cap Ayam
3 biji bawang kecik *
2 biji bawang putih *
2 sudu cili kering kisar
2 tangkai lada kecik *
* potong dadu
Cara:
1) Panaskan minyak..tumiskan cili kisar dan kemudian masukkan bahan yang dipotong dadu.
2) Masukkan sardin yg tekah dihancurkan..sos nya tak diambil.
3) Masak hingga sedikit kering.. dan inti tersebut buleh la masukkan dalam pastry mengikut kretiviti masing-masing....
4) Sapukan kuning telur, bakar dapa suhu 190C selama 20 min. On kan kipas.