Tuesday 16 November 2010

Agar-agar Konnyaku




Haaa.... comel kan... walaupun tak secomel org len buat.. ni su tgk blog CMG... cantik je die buat.. n semestinya apa yang CMG buat terliurrr jek..
Ni su buat pun sbb baru jek kenal agar-agar konnyaku ni... best le.. tu pun su letak longan, saiz acuan ni pun sekali ngap... Iman pun duk bukak peti jek nak amik....tak smpai 30 min habisss licinnnn.. so korg misti kene buat sbb cedappp...tapi su buat takde letak biji selasih ye.
K kalo korg nk resepi korg leh di kat CMG ni...tp su tulis je resepi die yer.. CMG, mohon salin resepi ye... thank a lots..
Agar-agar Konnyaku
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g).
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris
CARA MEMBUATNYA :

Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.

Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.

Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly.
Tuang no 2 tadi sehingga penuh.
Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

1 comment:

  1. salam kat mana u beli mold teddy bear tg cuter tu...email me for urgent use bole annacotton78@yahoo.com

    ReplyDelete