Thursday 18 November 2010

Nasi Arab Aidiladha

Sos tomato

Salad



Salam AidilAdha semua.... waaa best nye arini nak balik kampung... org balik da.. kite baru je nak balik... nk wat cmne khamis keje kan....tp mlm ni after keje kami ade party...geng2 opis ni.... nk wat BBQ lak.. after tu baru balik....
K semalam kami bertiga je la sambut raya.. tp su buat mcm-mcm.... seronok lak....yer la raya baru ni balik sehari sebelum raya... after keje gak.. feel memasak pun takde.. so kali ni su yg prepare semua... best nye...
Mlm raya su buat dendeng daging... ni resepi dari mak...best n simple.. bahan2 pun takde le byk sgt, so senang kita nak buat.. then agar-agar milo.. so pagi raya semalam su buat nasi arab aka nasi kabsah...bulan ni mood su seben makan nasi arab... buleh dikatakan every week mkn.. kat seremban Nasi Arab Damsyik.. mmg sedap... sabtu lepas layan Nasi Arab Saba KL lak... kali ni su try search nasi arab, jumpa la... akak ni mmg dulu duk kat belah-belah Arab kan.... mmg best nasi die..... cume su ada tambah2 sikit bahan rempah nye....
meh layan resepi, izin copy paste yer :


Bahan-Bahan dan Cara Memasak

1 ekor ayam di potong 2bahagian ( su guna setengah ekor je, tak muat rice cooker)
3pot beras BASMATI ( guna monghul basmathi...panjang skit nasi nye)
Air Panas
2sudu minyak masak
1sudu minyak sapi
1batang kayu manis
3biji buah pelaga
2biji bunga cengkih
5labu bawang merah - dipotong dadu
3ulas bawang putih - dipotong dadu
1biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron) (su guna pwarna beser)
2sudu rempah kabsa ( su tak letak sbb tak jumpa)
1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ( su tak letak)
1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1batang lobak merah dihiris halus-halus
sedikit biji lada hitam atau serbuk ( add serbuk jintan manis n jintan putih sesudu kecil)
2batang cili besar merah - tidak dipotong
sedikit kismis
garam secukup rasa

Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.

Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.

Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.

Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.

Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.
Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
* untuk ayam, su kukus kemudian bagi lembut.

No comments:

Post a Comment