Friday 12 November 2010

Mi Siput Goreng

Mendung je cuaca arini.. nk ujan lagi ni... pagi td dtg opis pun renyai-renyai..... Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.. dengan hampirnya Aidil Adha.... terasa rindu kat kampung di Pahang... dah lama tak balik ni sbb bz kelas n exam baru ni... tak sabar rasa nya...

Ok le.. mlm td masak mi siput goreng ni... selalu makn mi ni bile g Gombak.... nenek akan masak kan.. sedap oiii air tgn org tua ni....tp su buat ni versi sndiri la.. amik jugak resepi nenek... cuma add skit2 la..


Mi siput... ramai kenal kan.. mi ni kene celur kejap je.. sbb nnt lembik n makan tak sedap da...


Mi Siput Goreng :

Resepi :

Mi siput 2 bungkus ( leh mkn untuk 4 org)
Ikan bilis segenggam
bawang kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
cili kisar 3 sudu besar
sos tiram 1 sudu besar
sos cili 3 sudu besar
sos tomato 2 sudu besar
Udang yang sedang-sedang 300g
Brakoli
Sebiji lada hijau n lada merah untuk hiasan
limau kasturi
Bawang goreng

Cara-Cara:

1) Celurkan mi siput kedalam air panas dlm 2-5 min
2) Tumbuk ikan bilis,bawang putih n merah.
3) Panaskan minyak. tumiskan cili kisar dan bahan yang ditumbuk tadi.
4) Apabila dah naik bau, curahkan sedikit air. Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.
5) Masukkan udang. Apabila sedikit kering, masukkan mi siput tersebut dan sayur brakoli.
6) Goreng hingga kering. Taburkan cili merah n hijau ,bawang goreng sebagai hiasan. Nak masam-masam skit,perahkan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment