Wednesday 16 March 2011

Iman

As salam...

Mendung betul pagi ni.... sekarang musim hujan kah??? hari-hari kena bawak payung.....leceh gak nak mengendong payung besar tu...hujan kat luar tu gerimis halussssss je.. macam salji turun lak...time cuaca mcm ni la kita boleh demam.. cuaca tak menentu... panas lepas tu hujan... kat ofis ni macam nk kecut lemak2 kat badan ni.. punya la sejuk...

Ok lah.. actually tak da apa sgt nk di ngomelkan.. cuma baru-baru ni saja duk edit-edit gambar.. walaupun kamera ku bukan dslr... tp saja je edit nk tgk hasil-hasil nya..heheh... Dslr belum termampu nak di beli.. al maklum la.. banyak betul benda-benda yang kene didahulu kan supaya pencapaian di utamakan.. cehhhh....eh betul apa... kene kumpul duit untuk bayar yuran study lagi.. bukan seorg berdua.. botak dah kepala.. kwsp pun walaupun dah nak kering kuo kan jugak.. hehehe.. nasib la ada rezeki sana-sini... Alhamdulillah..

Haaa tu la gambar Iman yang di ambil dari kamera hp cabok su... bile edit not bad la...time ni iman baru dalam 4-5 bulan kot.. dah lupa.. baju bee ni pulak beli kat pasar siang belakang menara promet jalan Raja Chulan.... alaa dekat Affin Bank tu.... Pasar ni setiap hari jumaat.. memang best... kalo tak lencong ke masjid india, ke situ le pegi nya...

Ok la... nak g breakfast jap.. kawan dah panggil...

Jumpa lagi.....

Friday 4 March 2011

Kelas Basic Kek



Ok.. kelas ni dihadiri oleh Ainun Tmn Semantan Temerloh Pahang.. time raya cina ni mmg ada buat 3 kelas.. dan cup cake, basic cake n coklat...dah janji n book awal2 dah... ni mmg 100% hasil tangan Ainun... ok la.. dah cntik... walaupun kembang setaman rose dia...apa-apa pun good luck wat ainun yang sekarang giat membake kat umah nya....

Kelas Kek Cawan


As salam...
Petang2 jumaat ni sempat jap membuka blog ni...sementara menunggu Encik Abg dtg menjemput pulang ke kampung di Pahang... sementara menunggu dgn wifi yg teramat laju ni.. terjumpe le gambau lama ni.. takde la lama sgt... time ni cuti raya cina bulan lepas...
Kelas basic cup cake ni ,Iza dari Bera yg penah berlajar coklat dengan sue dulu.. tp kali ni buat kat umah mentua.. heheh.. Thanks Iza....

Thursday 3 March 2011

Makan Malam yang ringkas......




Bendi celur dan sambal tempoyak


As salam,

Ni masakan ringkas sue malam tadi... Iman demam.. ni je la yang sempat nak dimasak....lauk ni sue sempat singgah kedai dekat rumah... sebenarnya ada abah kat umah ni.. hehehe.. abah jaga Iman ahad baru ni sbb kami ada kelas kat Shah Alam...kalau tak, takde sempatnya nak masak.. hehehe....

Haaaa tempoyak tu sue buat sendiri.. kat Seremban ni dah ade durian... ada lebih skit durian yang agak masak sangat,sue buatkan jadi tempoyak.. time tempoyak ni belum masam, mmg sedap dibuat sambal....

Ok la.. ni pun resepi bujang je... kita layan..

Sotong Goreng Kunyit

Sumber : IMAN STYLE

Bahan-bahan:

450g sotong

2 inci kunyit hidup

1 batang serai

1 labu bawang besar

1 inci halia muda

1 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong sotong dan bersihkan dan digaul dengan kunyit.
2.Kunyit hidup ditumbuk.
3.Halia,bawang besar,serai dan cili hijau dihiris.
4.Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dihiris.
5.Masukkan sotong dan goreng sehingga masak.

Wedges Ala-Ala KFC


As Salam,

Ni gambar minggu lepas time abang dari Johor datang.... kentang ni buat time makan pagi... yang lain tu tak sempat nak snap dah....

Ok, actually resepi ni sue dapat dari kawan yang foward dari email office.. mmg tak tulis sumber tu.. email tu dapat dengan gambar step by step cara nak membuat wedges ni...sesiapa yang pernah cuba or jumpa resepi ni boleh la share atau bitau sumber nya yer...

Resepi ni memang sedap... teramat rangup dengan rasa rempahnya, cheese dan mayonis...

Ni sue nak share resepi ni, tetapi resepi ni su agak-agak je dengan bahan-bahan yang ada..



Wedges

Sumber : Email dari kawan pejabat ( sumber tak dapat di kenal pasti)

Bahan-Bahan

4 biji kentang (dipotong macam wedges ,rebus separuh masak)
2 sudu besar jintan manis dan jintan putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit lada hitam
2 Cawan tepung beras
Sedikit air dan garam


Cara-cara:

1) Campur kesemua jintan yang telah ditumbuk bersama tepung beras dan lada hitam.
2) Masukkan air dan gaulkan sehingga adunan seperti bancuhan goreng pisang.
3) Celupkan kentang yang telah direbus separuh masak.
4) Goreng sehingga kekuningan.
5) Paipkan adunan cheese dan mayonis ke atas kentang yang telah digorenag.

Sedap dimakan semasa panas.....


Cheese :

1 cawan Serbuk Cheese (boleh didapati di kedai bakery)

* bancuh serbuk cheese dengan air panas.. tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi pekat..


Selamat Mencuba ....

Bercuti ke Sarawak



Bergambar dengan Kucing

Damai Beach Resort, Santubong

Kedai Kek Lapis Sarawak

As Salam, Teramat la lama tak memblogkan diri.. sangat-sangat busy.. ni pun sbb nya Iman demam tu yang cuti sehari ni... gambar-gambar tempahan,kelas pun dah delay.. nak bukak blog ni pun takda masa....

Ok la.. saja nak share... 14-16 Feb lepas, sue dan keluarga jalan-jalan ke Sarawak... sedih jugak sbb abang tak dapat join sebab ada trainning kat Singapore.. jadi, kami berenam je lah terbang ke sana...

Memang syok jalan tempat orang ni...dpt tau mcm2 jenis makanan diorg..mi kolok,laksa sarawak.. memang best... sempat juga la sue membeli paste Laksa Sarawak tu...

Tak sabar next family trip .........