Friday 14 January 2011

Triffle



Salam.....
Semalam duk jalan-jalan blog org.... then singgah kat kak Hana Jepun tu.....waaa cm cedapppp je..n memang sedap la after try resepi ni....simple dan mudah nak membuat nya....
Ok sekarang kita tgk resepi ni... Kak hana, minta izin salin resepi yer...n u all boleh tgk blog kak hana ni dgn resepi yang merbeles.....Hanamemories
Resepi Triffle



Sumber : Hanamemories


Bahan-bahan

400 ml susu segar/cair
30gm gula halus
40gm tepung custard
5 camca besar air
1 peket kristal jeli jenama NONA (perisa strawbwrry/raspberry)

Hiasan

1 tin buah2an campuran fruit cocktail/buah strawberry
krim putar ( su tak letak )

Cara-cara

Didihkan susu dgn air

Perlahankan api dan masukkan bancuhan custard (custard + 5 camca air) dan kacau hingga kental

tuangkan kedalam bekas individu dan biarkan hingga beku beberapa lama (supaya semasa melapis tak bercampur dgn jeli) . jika mahu letak kek span, letak kek dahulu dbahagian bawah,then curahkan kastad. seterusnya jeli.

Campurkan kandungan kristal jeli dgn 2 gelas air panas (400ml) dan kacau hingga larut

Tuangkan keatas adunan custard yg telah beku tadi

Sejukkan dlm petisejuk dan hidang dgn krim putar dan buah strawberry/fruit cocktail
Sukatan utk agar2 sbb jelly takde.
4g serbuk agar
600ml air +air buah
50g gula
fruit cocktail secukupnyer.
sirap rose

Cara-cara
campurkan serbuk agar2 dan juga air. masak hingga mendidih.
masukkan sirap rose mengikut thp kemerahan masing2.
masukkan buah koktail.
curahkan atas kastad. pastikan kastad dlorek dahulu sbb takut nnti tak melekat.
* If guna jelly, ikut je arahan kat kotak tu....

No comments:

Post a Comment