Friday 1 October 2010

Kek Batik Marie

Salam,

Ni Kek batik maries tu... time pose tgg-tgk resepi org.. terliur pulak.. balik umah terus le buat.. resepi kek batik ni mcm-mcm.. ada yang masak. ada yg tak masak. Resepi ni kawan mak dulu kasi.. tp su ubah2 skit sbb nk rasa pure milo tu..

Kek Batik Maries :

1 paket biskut maries ( su guna half jek sbb nak byk coklat dari biskut)
3 cawan milo
sedikit serbuk koko dalam 4 sudu besar
1 tin susu cair
1 biji telur
Susu Pekat optional ( su tak letak sbb milo dah manis.)

Cara:
1) Patahkan biskut menjadi 4 bahagian supaya senang nak tekan
2) Masukkan susu cair ke dalam kuali. Api sederhana besar.
3) Apabila susu cair sedikit panas, masukkan susu cair,milo n serbuk koko.
4) Bila semua dah sebati, telur yang telah dipukul dimasukkan kedalam adunan tadi. Cara masukkan telur ; tuang tinggi dari kuali sambil adunan didalam kuali dikacau. Telur dituang tinggi supaya tak menjadi ketul-ketul.
5) Letak susu pekat ikut manis rasa.
6) Sentiasa kacau sehingga adunan susu bersama milo n koko menjadi pekat macam kacau dodol.
7) Agak-agak dah pekat, masukkan biskut. Sekiranya coklat masih banyak, boleh masukkan biskut lebihan tadi.
8) Masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan supaya mampat.
9) Sejukkan dan boleh dipotong.

No comments:

Post a Comment