Friday 1 October 2010

Puding Biskut

Puding Biskut ni su buat sempena nak sambut puasa kat office . So, kitaorg buat makan-makan... su buat ni sbb senang nk angkut nek bus. ok, ni resepi nya.. su ambil dari mak sedara n resepi asal ntah le dari mana... kebanyakkan sama je resepi nye .

Puding Biskut

1 tin susu cair
1 tin air
7 biji telor gred A ( byk lagi sedapkan)
1 cawan gula ( su letak 3/4 cawan)
sedikit esen vanila
15 keping biskut tawar (dihancurkan) - su guna 10 keping jek sbb nnt puding jadi 2 lapisan atas karemel bawah biskut..

untuk gula hangus
4 sudu besar gula + sedikit air panas

Cara:
1. Pukul telur dan gula. Tambahkan esen vanila supaya tak bau hanyir.
2. Masukkan susu cair + air.
3.Masukkan biskut yang dihancurkan.

untuk membuat gula hangus, isi gula dalam loyang (atas api) then letak air panas skit. kacau2 sampai gula menjadi keperangan. Jangan hangus sangat nnt pahit. Ratakan gula tu menutupi permukaan loyang dan biarkan sejuk. Dah sejuk, masukkan bahan-bahan tadi. Kukus selama 20 min atau hingga masak. nak tau masak, cucukkan lidi.. Sejukkan puding yang dimasak dan terbalikkan..

Untuk membuat puding karemel n roti gantikan biskut dengan roti sebanyak 6keping dan untuk karemel tak payah masukkan roti n biskut.

Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment